Fenomena Artis Bertudung Tapi Lakon Peluk-peluk?

 on Wednesday, 20 May 2015  

Adalah satu perkara positif dikalangan para artis wanita di malaysia di mana akhirnya mereka bertudung. Kiranya satu perubahan ke arah kebaikanlah juga. Tapi apa yang membimbangkan dan tidak sedap mata memandang adalah ada antara pelakon ini yang selamba berpeluk, bersentuh tangan bagai.

Kalau di luar set pengambaran kononnya tak boleh sentuh peluk sebab bukan suami. Tetapi jika dalam lakonan boleh peluk la ye sebab kan suami. Begitu?

Ini satu teguran kepad artis yang dah berubah bertdudung, dalam kita bertudung, jagalah juga sekali batas pergaulan kita dengan orang lain.


Satu contoh artis yang benar-benar berubah dan menjaga tingkahlaku selepas berhijrah adalah Irma Hasmie.


Contoh beberapa artis yang boleh dipegang peluk dalam drama/filem , baru-baru ini drama Hati Perempuan. Ingatkan Mia Ahmad ni kat luar tak bertudung, rupanya dia memang bertudung. Tetapi agak sakit mata juga memandang bila terdapat adegan berpelukan.

Pengarah pun satu, tak alert dengan perkara ini. Asalkan ada dalam skrip, bagi je kat pelakon tu. Pelakon pun satu, ikut je la.


Satu lagi contoh dalam drama isteri Separuh Masa. Ya Allah. Emma Maembong selalu sangat dipelok erat oleh hero drama tersebut. Tahulah dalam lakonan tu dia sebagai suami, tetapi tu lakonan. Kan boleh fikir logik.

Tahu, cakap macam mana pun, artis-artis ini akan cakap "tak payah peduli apa orang kata", "jaga tepi kain sendiri", "cermin diri tu sendiri"

Kalau dah nak tunggu diri sendiri perfect, tak adalah amar makruf nahi mungkar kan?

Semoga artis-artis membaca tulisan ringkas ini untuk dijadikan panduan anda.
Fenomena Artis Bertudung Tapi Lakon Peluk-peluk? 4.5 5 Sadun Wednesday, 20 May 2015 Adalah satu perkara positif dikalangan para artis wanita di malaysia di mana akhirnya mereka bertudung. Kiranya satu perubahan ke arah kebai...


No comments:

Post a Comment