Review Filem Lucy (2014)

 on Wednesday, 10 September 2014  

Maka jumaat minggu lepas tengah malam, aku pergi menonton wayang Lucy. Aku tonton filem ni pun sebab tengok trailer dia dan terpukau dengan tagline di dalam filem ini iaitu;

"The average person uses 10% of their brain capacity. Imagine what she can do with 100%".

Tagline tu buat aku curious apa yang akan jadi bila otak digunakan sepenuhnya 100%. Aku terbayang filem limitless yang aku pernah tengok sebelum ini. Di mana hero di dalam limitless itu jadi super genius dan dia gunakan kegeniusannya untuk menjadi senang.

Ok, aku masuk wayang. Pertama kali dalam hidup aku, berdiri nyanyi lagu  negaraku. Dah lama tak nyanyi. Alhamdulillah, masih boleh ingat setiap lirik dia.

Pada permulaan adegan, diperlihatkan Scarlet Johanson yang menawan. Sesiapa pun akan terpikat dengannya. Tipulah kata tak cantik.



Selepas tu berlaku sedikit pergaduhan di mana tiba-tiba beberapa mamat korea gangster muncul. Dan pada permulaan filem tiba-tiba diselitkan seperti satu dokumentari berkenaan otak. 

Ada beberapa teori di dalam filem ni yang menarik untuk difikirkan. Tiba-tiba aku terfikir, kalaulah aku boleh jadi macam lucy, kan bagus. Tipulah korang tak fikir sama macam aku fikir masa tengok filem ni.

Itu dipermulaan babak ni, bila dipertengahan babak. Nampak macam lucy ni menderita dengan kelebihan yang dimilikinya. Aku tak tahu apa teori disebalik tiba-tiba badan lucy bercahaya dan lupus.


dan diakhir cerita ni, ada adegan tembak menembak, dan diperlihatkan kebolehan maksimum lucy diamana dia boleh mengawal semua benda, boleh melintasi ruang dan waktu, dan macam-macam lagi lah kebolehan lucy.

dan last sekali, tiba-tiba jadi pendrive hitam.


Ermm, tak tahu nak kata apa. Adakah cerita ni penuh isi tersirat sehinggakan keluar dari panggung rasa tertanya-tanya dan tak puas. Ataupun cerita ni kosong dan mengarut, sehinggakan keluar dari panggung rasa tertanya dan tak puas kena bayar mahal. 

Balik je dari tengok wayang ni, aku dalam kereta buat gaya lucy macam dalam gambar bawah ni.

 
 
Review Filem Lucy (2014) 4.5 5 Sadun Wednesday, 10 September 2014 Maka jumaat minggu lepas tengah malam, aku pergi menonton wayang Lucy. Aku tonton filem ni pun sebab tengok trailer dia dan terpukau d...


No comments:

Post a Comment