Review Filem Maze Runner

 on Tuesday 16 September 2014  



Semalam aku pergi tengok wayang Maze Runner ni. Aku tak plan pun nak tengok wayang ni, tapi disebabkan anak saudara aku ajak tengok wayang, aku turutkan je lah kemahuan budak tu.

Aku lambat masuk, dalam 5 minit dah start baru aku masuk. Sebab tu aku terlepas nak sama-sama nyanyi lagu negaraku dalam panggung tu.

Pada awal plot, seperti biasa plot yang menyebabkan penonton tertanya-tanya apa yang terjadi pada watak utama filem tu.

Aksi di dalam filem ini berjaya membuatkan aku tersuspen secara spontannya. Lebih-lebih lagi masa hero utama dikejar binatang tu. Apa nama, Griever kan?

Part tu memang suspen. Disebalik aksi yang dipaparkan, membuatkan penonton tertanya-tanya apakah cerita disebalik maze tersebut. Mengapa mereka disana? siapa yang hantar? untuk tujuan apa?.

Dan penonton akan terus fokus kepada filem untuk mengetahui misteri tersebut.

Berbeza dengan filem yang mempunyai konsep sama seperti Hunger Game, filem Maze Runner ni memang lain daripada lain.

Kekurangan daripada filem ini pula adalah setiap karakter di dalam filem ini tidak dirungkaikan secara mendalam mengenai personaliti dan cerita masing-masing. menyebabkan kurangnya nilai sentimental di dalam filem ini. Tetapi, itu tidak pun mengurangkan kualiti plot filem ini.

Dan aku tak sangka, air mata aku mengalir di hujung cerita ini. ekekeke.

korang tengok la sendiri. so far, aku bagi 4.5/5.

tak sabar nak tengok sambungan filem ini.

Review Filem Maze Runner 4.5 5 Sadun Tuesday 16 September 2014 Semalam aku pergi tengok wayang Maze Runner ni. Aku tak plan pun nak tengok wayang ni, tapi disebabkan anak saudara aku ajak tengo...


No comments:

Post a Comment